Monday, October 24, 2005

Resipi Masakan Cinta

Read this somewhere and I find it nice and amusing at the same time.

Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 gr rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon2an, SMS
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang. Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH atau TEMPAT KERJA, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.) Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu konsumer atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan. Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.

Cara Memasak:
Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni. Siapkan bekas yang telah digaul dengan komitmen dan restu orang tua secara merata. Masukkan niat yang murni ke dalam lbekas dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan kadi.Biarkan di dalam bekas tadi dan sirami dengan semua rencah di atas. Kuih siap dinikmati.

Catatan:
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" marak diatas api cinta. Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon2an bila berjauhan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home